Kerjaya kelab Dušan_Tadić

Vojvodina

Dušan Tadić memulakan kerjaya bola sepaknya pada usia remaja dan menyertai kelab AIK Bačka Topola yang terletak di kampung halamannya. Kemudian, beliau menandatangani kontrak profesionalnya bersama FK Vojvodina dan bermain dalam Meridian SuperLiga ketika baru berusia 18 tahun.[3] Ketika bersama Vojvodina, beliau menerima banyak pengalaman bermain bola sepak dengan menentang beberapa kelab utama (pernah menentang Atlético Madrid)dan bermain empat musim penuh dengan mengalami kecederaan atau kemalangan. Beliau menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah dalam perlawanan Liga Eropah menentang Austria Wien ketika baru berusia 20 tahun.

Groningen

Pada 2010, Vojvodina menjual Dušan Tadić kepada FC Groningen dengan bayaran sebanyak €1.23 million. Beliau merupakan pemain ketiga membuat banyak hantaran di Eropah pada musim 2010–11. Beliau bermain untuk Groningen dari tahun 2010 sehingga 2012 sebelum berpindah ke FC Twente.

Twente

Pada 10 April 2012, Tadić telah menandatangani sebuah kontrak bersama FC Twente dengan bayaran sebanyak €7.7 juta dari FC Groningen.[4] Pada 12 Ogos 2012, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang bekas kelab, Groningen.[5]

Southampton

Tadić menjadi pemain baru pertama ke Southampton di bawah pengurus baru, Ronald Koeman pada 8 Julai 2014 dengan menandatangani kontrak empat tahun dan bayaran tidak didedahkan, tetapi dilaporkan sekitar £10.9 juta.[6] Beliau membuat debut bersama Southampton pada 17 Ogos dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris, beliau bermain selama 74 minit sebelum digantikan oleh Shane Long.

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Southampton pada 23 September ketika melakukan tendangan penalti menentang Arsenal, menang 2–1 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris di Stadium Emirates].[7]

Beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang besar 8-0 ke atas Sunderland pada 18 Oktober 2014 dan membuat empat hantaran pada perlawanan itu.[8]

Berkaitan